Friday, July 9, 2010

6 perkara yang wanita perlu ketahui

Untuk dikongsi bersama !!!!! Semoga
dibekati Allah.

6 perkara yang wanita perlu ketahui.

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau
datang haid sekalipun jika tidak dapat
solat, kena duduk atas tikar sembahyang
supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di
rumah dengan keluarga. Dianjur baca
Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah
zaman Nabi saw sehingga dari rumah
kita keluar anak-anak yg soleh yg
mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa
dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun
hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca
kerana terlalu sibuk, cukup dengan
mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah,
apa dosa saya hingga saya tak dapat nak
baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar
anak-anak dari kecil bermula dengan
doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi
saw seperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak
membebankan suami. Setiap hari malaikat akan
menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana.
Setiap titisan air masakan dan basuhan
mereka akan menjadi zikir mohon
keampunan kepada Allah swt atas wanita
tersebut. Ini tak...tak cukup sket je
nak merungut...

6. Galak suami untuk bermujahadah atas
Agama Allah. Seorang isteri yg
menggalakkan suaminya untuk solat
berjemaah di Masjid/Surau akan dapat
pahala berjemaah suaminya termasuk solat
dia sendiri. Kalau nampak suami tak
sembahyang, ingatkan....bukan ikut sama
tak sembahyang...terpulang samaada dia
nak ikut ke tidak...itu urusan dia
dengan Allah...

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini
bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman
supaya hakikat amalan ini masuk dalam
hati kita dan mudah nak amalkan.

No comments:

Post a Comment