Friday, July 9, 2010


Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah s.w.t. (SEMBAHYANG LIMA WAKTU). Barangsiapa memperbuat sedemikian itu, mereka orang yang rugi.
[Surah Al-Munaafiquun 63:9]
Allah s.w.t. tidak akan memberi tempoh kepada seseorang bila telah sampai ajalnya. Allah s.w.t. Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.
[Surah Al-Munaafiquun 63:11]
PARA ULAMA’ BERPESAN UNTUK KITA JADIKAN PEGANGAN:
• Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib, dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?
• Barangsiapa meninggalkan solat Isyak, maka Allah s.w.t. tidak redha is hidup di bumiNya. Bermakna, setiap langkah kita ambil tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini dan lebih malang bila kita diazab di akhirat nanti.
• Barangsiapa meninggalkan solat Subuh, ia akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah s.a.w. yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya. Selama ini, kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih sahaja..
• Barangsiapa meninggalkan solat Zohor, ia diibaratkan seperti meruntuhkan Ka’abah. Kalau begitu, sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah..
• Barangsiapa meninggalkan solat Asar, sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam. Di dunia ini bolehlah jadi sekutu Bush tak payahlah kita kutuk dia lagi di dunia ini. Kita dengan dia (Bush) sama saja. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.
Rahsia Solat.
• Niat sembahyang:-
Sebenarnya untuk memelihara taubat kita di dunia dan akhirat.
• Berdiri tegak:-
Fadhilatnya, sesudahnya meninggal dapat meluaskan tempat kita dikubur.
• Takbiratul Ihram:-
Fadhilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubur.
• Al-Fatihah:-
Sebagai pakaian yang indah-indah didalam kubur.
• Ruku’:-
Sebagai tikar kita didalam kubur.
• Iktidal:-
Akan memberi minuman air dari telaga Al-Kautsar ketika didalam kubur.
• Sujud:-
Memagar kita ketika menyeberangi titian Sirotul Mustaqim.
• Duduk antara dua sujud:-
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.
• Duduk antara dua sujud (akhir):-
Menjadi kenderaan ketika kita di Padang Masyar.
• Tahiyat akhir:-
Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh Mungkar dan Nangkir didalam kubur.
• Selawat Nabi:-
Sebagai pendinding api neraka didalam kubur.
• Salam:-
Untuk memelihara kita di didalam kubur.
• Tertib:-
AKAN PERTEMUAN KITA DENGAN ALLAH S.W.T.
PS. Insya’allah, dengan cara kita sembahyang seperti contohnya Rasulullah s.a.w., Allah s.w.t. akan memberikan berkahNya dan dilimpahi kurniaanNya.
Ma’assalamah. =)

No comments:

Post a Comment